Join our email list and be first to know about exciting sales, the best in flooring and more.
Sign up to get our latest news before everybody else.
Will be used in accordance with ourĀ Privacy Policy
FLOOR DEPOT RETAIL SDN BHD (“kami” atau “kita”) menghormati dan berkomited bagi perlindungan maklumat peribadi anda dan privasi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”), yang disediakan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), ditetapkan sebagai amalan-amalan perlindungan data peribadi kami yang dilaksanakan untuk melindungi data peribadi individu yang berurusan dengan kami. Jika terdapat apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia daripada Notis ini, maka versi Bahasa Inggeris harus diguna pakai. Sila ambil perhatian bahawa kami boleh meminda Notis ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan akan memberitahu anda tentang apa-apa pindaan tersebut melalui laman web kami atau melalui e-mel.
Bagi tujuan Notis ini:
(a)Ā “”Gabungan” ertinya FLOOR DEPOT group of companies dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan, termasuk syarikat-syarikat mereka yang berkaitan;
(b)Ā ” rakan kongsi (-rakan kongsi) saluran” ertinya pengedar(-pengedar), peniaga(-peniaga), rakan kongsi(-rakan kongsi) perkhidmatan yang diberikuasa dan/atau rakan kongsi(-rakan kongsi) perniagaan
(c)Ā “data peribadi” dan “pemprosesan” harus mempunyai erti yang dinyatakan di bawah Akta tersebut.
Semasa anda berurusan dengan kami, kami akan meminta bahawa anda menyediakan elemen-elemen data peribadi yang tertentu bagi membolehkan kami untuk membuat transaksi dengan anda atau untuk menghantar barangan perlu, perkhidmatan dan/atau komunikasi berkaitan dengan transaksi sedemikian. Semua ini adalah perlu untuk pelaksanaan proses perniagaan kami , termasuk penghantaran notis-notis, perkhidmatan dan/atau produk-produk, pelanggan atau rakan kongsi saluran dan/atau pengurusan perhubungan vendor pihak ketiga, pelancaran produk baru dan acara-acara, tujuan perancangan berkaitan dengan produk-produk masa hadapan , termasuk acara-acara promosi dengan Gabungan dan rakan-rakan kongsi saluran kami.
Untuk membolehkan kami untuk memenuhi satu atau lebih daripada kewajipan kami yang disenaraikan di perenggan 2 di sini, kami akan memerlukan untuk mengumpul data peribadi anda yang relevan daripada anda.Ā Data peribadi yang dikumpul oleh kami mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada ) yang berikut:
Ā Kami akan mengumpulkan maklumat peribadi secara langsung daripada anda apabila anda:
Selain daripada data peribadi yang diperolehi daripada anda secara langsung (seperti yang diperincikan di atas), kami juga mungkin mendapatkan data peribadi anda daripada pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau yang berkaitan dengan anda dan dari sumber-sumber lain yang mana anda telah memberi kebenaran anda untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan anda, dan/atau dimana dibenarkan secara sah.
Data peribadi yang anda sediakan akan diproses oleh kami untuk, antara lain, tujuan-tujuan yang bersesuaian seperti berikut;
Untuk memberitahu anda tentang manfaat-manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri produk-produk kami dan/atau perkhidmatan.
Kegagalan untuk membekalkan data peribadi sebagaimana yang diperlukan mungkin:
Menyebabkan kami tidak mampu untuk mengemaskini kepada anda mengenai produk-produk kami yang terbaru, perkhidmatan, promosi, acara-acara dan/atau pelancaran.
Data peribadi yang disediakan kepada kami secara umumnya akan disimpan rahsia tetapi anda dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk menyediakan atau mendedahkan data peribadi anda kepada kategori-kategori pihak yang berikut:
Syarikat-syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam memproseskan dan/atau sebaliknya memenuhi transaksi dan menyediakan anda dengan produk-produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta atau dilanggani.
Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk menyediakan anda dengan maklumat mengenai kami dan/atau sebuah perkhidmatan Gabungan dan/atau produk-produk, yang mungkin menarik minat atau memanfaat anda, kecuali dimana sebaliknya diminta atau diberitahukan oleh anda. Sila ambil perhatian bahawa kami akan hanya mendedahkan data peribadi anda jika anda telah melanggan perkhidmatan produk tertentu yang memerlukan pendedahan sedemikian dan/atau di mana kebenaran anda telah diperolehi.
Kami akan mengambil semua langkah-langkah munasabah bagi memastikan bahawa data peribadi yang dikumpul, digunakan atau didedahkan tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
Kami akan mengambil semua langkah-langkah munasabah untuk melindungi data peribadi yang kami pegang daripada kehilangan, salah-guna, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan. Kami tidak akan menyimpan data peribadi lebih lama daripada yang diperlukan dan akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memusnahkan atau mengenal pasti balik data peribadi secara tetap.
Di mana kami anggap perlu atau sesuai bagi tujuan-tujuan penyimpanan data atau pemprosesan atau menyediakan mana-mana perkhidmatan atau produk bagi pihak kami kepada anda, kami mungkin memindahkan data peribadi anda kepada Gabungan yang lain di dalam atau di luar Malaysia, di bawah syarat-syarat kerahsiaan dan tahap keselamatan perlindungan yang sama.
Selaras dengan Akta ini, kami mungkin atas permintaan bertulis yang diterima oleh anda, menyediakan anda dengan akses kepada data peribadi anda dan mempertimbangkan permintaan untuk pembetulan data itu. Dalam keadaan sedemikian, sila hubungi
FLOOR DEPOT RETAIL SDN BHD
No 92 & 94, Jalan Puteri 5/5,
Bandar Puteri Puchong, 47100,
Puchong, Selangor.
Malaysia
Care Line: 1800-88-7585
Tel: 019-988 7585
E-mail: sales2u@floordepot.com.my
Kami akan menggunakan usaha-usaha yang munasabah untuk mematuhi permintaan anda dalam masa 21 hari dari tarikh penerimaan permintaan anda yang lengkap dan yuran pemprosesan yang relevan*.
Sila ambil perhatian bahawa dalam keadaan tertentu kami mungkin perlu untuk menahan akses kepada data peribadi anda , sebagai contoh di mana kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta adalah yang bersifat komersial rahasia atau sekiranya kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Ā Walau bagaimanapun, kami akan memberitahu anda daripada sebab-sebab tidak dapat akur dengan permintaan anda.
* Selaras dengan syarat-syarat Akta tersebut, kami mempunyai hak untuk mengenakan bayaran yang munasabah untuk memproses sebarang permintaan akses data. Ā Yuran dikenakan sebanyak RM10 sejam (tertakluk kepada yuran minimum perolehan semula sebanyak RM50) dan mengambil kira masa yang diperlukan untuk mengesahkan , mencari , memperolehi semula , menyemak dan menyalin maklumat yang diminta serta sebarang kos lain yang berkaitan dan perbelanjaan yang mungkin timbul daripada melaksanakan perolehan semula yang sedemikian . Anda akan diberitahu jangkaan yuran yang dikenakan, sebelum perolehan semula data peribadi anda.
Jika kami tidak menerima sebarang e-mel daripada anda dalam tempoh empat belas (14) hari dari Notis ini, kami menganggap bahawa anda telah menyetujui penggunaan berterusan data peribadi anda selaras dengan Notis ini. Walau bagaimanapun, sila yakin bahawa anda akan dapat menamatkan persetujuan ini pada bila-bila masa.
Send right to your doorstep
Ask us any flooring questions
Pay securely and contactless
Trained and verified installers
ABOUT US
CONTACT US
PRIVACY POLICY
Personal Data Protection Acts
Notis Perlindungan Data Peribadi
Privacy Policy
REFUND & EXCHANGE POLICY
JOIN OUR NEWSLETTER!
Will be used in accordance with ourĀ Privacy Policy
No account yet?
Create an Account