Notis Privasi Data Peribadi
Pelanggan-pelanggan dan tetamu-tetamu yang dihormati,
Notis privasi untuk data peribadi ini (“Notis Privasi Data Peribadi”) diberikan kepada semua pelanggan dan tetamu Floor Depot Retail Sdn Bhd (“FLOOR DEPOT”, “kita” dan “kami”) yang dihormati, selaras dengan obligasi statutori di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).
Sepanjang masa urusan anda dengan kami, kami akan mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk tujuan berkomunikasi dengan anda, memberi produk dan/atau perkhidmatan kepada anda, memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau aduan anda, memberi anda maklumat terkini mengenai produk, perkhidmatan dan/atau promosi yang ditawarkan oleh Floor Depot Retail Sdn Bhd dan pihak ketiga yang terpilih, serta tujuan-tujuan lain yang kami perlukan untuk mengendalikan dan mengekalkan perniagaan kami sepertimana yang tertera di Polisi Privasi Data Peribadi kami (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”).
Data peribadi yang kami kumpulkan dan diproses mungkin termasuk data peribadi yang sensitif termasuk maklumat mengenai kesihatan atau keadaan fizikal atau mental subjek data, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, atau data peribadi lain yang sensitif seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dari masa ke semasa.
Kami tidak akan mendedahkan sebarang data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda kecuali kepada FLOOR DEPOT, dan syarikat berkaitan dan bersekutu kami, vendor, pembekal, rakan usaha sama/perniagaan, serta ejen dan/atau pembekal perkhidmatan dilantik oleh kami, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, jikalau perlu, yang memberi produk dan/atau perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan kami, mana-mana pihak yang berjanji untuk menyimpan data peribadi anda secara sulit, kepada mana-mana pihak sepertimana yang tertera di dalam Polisi Privasi Data Peribadi kami, atau sekiranya diperlukan di bawah undang-undang. Dalam hal ini, sila ambil perhatian bahawa kami mungkin akan memindahkan data peribadi anda keluar daripada Malaysia ke pelayan penyimpanan dan pemprosesan data pelanggan pusat kami yang berada di luar negara dan berkongsi data peribadi anda dengan syarikat-syarikat berkaitan kami untuk Tujuan-Tujuan tersebut.
Kami perlu mengumpul dan menyimpan data peribadi anda. Sekiranya anda tidak memberikan data peribadi anda kepada kami, atau tidak bersetuju dengan Notis Privasi Data Peribadi dan Polisi Privasi Data Peribadi kami, kami mungkin tidak dapat memberikan produk dan/atau perkhidmatan secara efektif kepada anda.
Kami akan memastikan data peribadi anda disimpan dengan selamat. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, mendapat salinan, mengemaskini atau memperbetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Anda mempunyai hak untuk meminta kami menghadkan pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda pada bila-bila masa (contohnya, meminta kami berhentikan penghantaran iklan atau promosi kepada anda untuk tujuan pemasaran).
Setiap permintaan bertulis atau perhubungan mengenai data anda perlu disampaikan ke alamat di bawah:
Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Alamat: FLOOR DEPOT, No. 92 & 94, Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor
No.Telefon: 1800-88-7585
Alamat E-mel: sales2u@floordepot.com.my
Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk kami memproses data peribadi anda sepertimana yang tertera di Notis Privasi Data Peribadi ini, dan anda mengesahkan bahawa semua data peribadi yang diberikan oleh anda adalah betul dan lengkap, dan tiada data peribadi yang mengelirukan atau yang belum dikemaskinikan setakat tarikh notis ini. Anda mesti, dengan segera, mengemaskini data anda sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada data peribadi yang anda beri kepada kami.
Dalam keadaan tertentu, anda mungkin telah memberi data peribadi berkaitan individu lain (seperti ahli keluarga anda atau pihak ketiga yang lain termasuk individu yang di bawah umur 18 tahun). Anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk memberi data peribadi mereka kepada kami dan anda telah memperoleh persetujuan mereka untuk pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka sepertimana tertera di Notis Privasi Data Peribadi ini.
Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi Data Peribadi ini dan Polisi Privasi Data Peribadi kami dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan atau pemindahan kepada Notis Privasi Data Peribadi ini atau Polisi Privasi Data Peribadi kami akan dimaklumkan di laman web kami atau melalui cara lain yang bersesuaian. Jika kita meminda Notis Privasi Data Peribadi ini atau Polisi Privasi Data Peribadi kami, pindaan itu hanya akan berkuat-kuasa untuk data peribadi yang dikumpul selepas kami memaparkan Notis Privasi Data Peribadi atau Polisi Privasi Data Peribadi yang terpinda.
Mengikut Seksyen 7(3) PDPA, Notis Privasi Data Peribadi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
Tarikh Notis Privasi Data Peribadi ini dikeluarkan: 6 April 2023
Aduan
Untuk mengemukakan aduan atau ketidak puasan hati mengenai bagaimana kami menangani data peribadi anda atau mengenai bagaimana kami boleh mematuhi PDPA, sila e-mel kepada sales2u@floordepot.com.my
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan yang tidak berkaitan dengan PDPA, sila hubungi kami 1300-88-7585